Empat individu termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui mati lemas selepas keluar bermandi manda di Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Putatan, malam tadi.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.